20091114

GO READ IT.

Jangan percaya dengan lelaki siber.

Di awal perkenalan mungkin dimulakan dengan ucapan hello atau salam. Bertanyakan khabar atau “how was your day.?”. perbualan dimulakan dengan hanya cakap-cakap kosong. Sedikit unsur humor diselitkan dan diakhiri dengan gelak ketawa sinis. Di peringkat ini, terlintas di hati bahawa si dia ada jiwa anda. Chatting diteruskan.

Perbualan ini akan disambung pada kesokkan harinya. Si dia mula menjadi tempat untuk kamu mengadu segala apa yang berlaku pada sepanjang hari yang kamu lalaui.

Mula rasa senang.

Jangan mudah stimulated jika si dia berkata :

“Saya suka kamu.”

Suka tak bermaksud suka. Faham tak.?

Tak semua yang kita suka akan jadi milik kita. Tak semua orang yang kita suka akan menyukai kita juga. Tak semua orang yang tak menyukai kita akan kita tak suka juga.

Faham tak.?

#$%#@&*&^!!!!!

“saya suka kamu” tak bermaksud yang si dia benar-benar suka kamu. Lihat. Perbezaan antara dunia realiti dan dunia siber adalah sangat besar. Tetapi pemisah antara dua dunia itu sangat halus. Kadang-kadang kita tak nampak garisannya. Ia seperti cermin. Cermin yang memantulkan imej diri kita sendiri ataupun cermin lutsinar dimana kita dapat lihat si dia dengan jelas sekali. Setiap 1 perkara besar akan ada pro dan kontranya. Positif dan negatif nya.

Lelaki itu hanya menaip “saya suka kamu”. Adakah si dia benar-benar memaksudkannya.?

BACA : MENAIP

“saya suka kamu” tak perlu di balas dengan :

“saya suka kamu juga”

“kenapa kamu suka saya.?”





“Saya sayang kamu.”

Bagaimana pula dengan rambutan di atas.?

*rambutan adalah buah tempatan kegemaran saya. Terutama yang warna kuning.! Ehem2~

Adakah sayang yang dimaksudkan sama dengan sayang ibu kepada anaknya.? Tuhan kepada makhluknya.?

Andaikan bahawa kamu telah lama berchatting dengan si dia. Tak perlu lama sangat. Paling koman pun seminggu.

Nak balas apa.?

“saya sayang kamu juga”

#$%$%&^%&^!!!!

Sayang yang macam mana.?

I love my boyfriend but I love my friends more.

I love my friends but I love my family more.

I love my family but I love myself more.

Love Islam more for sure!





“kamu adalah yang teristimewa bagi saya”

Apa ni.? Adakah si dia mulai jatuh cinta dengan kamu.? Apa pula perasaan kamu apabila ada seseorang mengatakan bahawa kamu adalah yang teristimewa dalam dirinya.?

Kawal diri sendiri. Kawal situasi ini. Jangan biarkan si dia membawa kamu ke dalam pengawalannya. Kerana siapa dia.?

BACA : SIAPA

Cuba simpulkan semua dalam satu bungkusan yang cantik dengan kemas.

Plot cerita yang mudah. Mungkin sudah diramal akhirnya.

Permulaan.

Klimaks.

Penutup.

Jangan percaya dengan lelaki siber. Menjaja kasih yang diri sendiri tidak tahu apa tujuanmya dan untuk siapa.

Segala perbualan. Pasti menyeronokkan.

Setiap perkataan yang terpapar di ruangan skrin. Sentiasa dinanti.

“******* is typing a message”

Kita sendiri baca. Dengan intonasi sendiri. Perasaan sendiri. Segalanya dirasai sendiri.

Dan…

Blog ini hanya akan difahami oleh mereka yang mengetahui bagaimana intonasi kata hati dan tarian jari-jemari di papan kekunci.

Seimbangkan realiti dan fantasi dalam diri kamu.

Things will go down from here to there onwards. Trust me.!


*CREDITOS MANDO

No comments: