20091223

say no to clubbing!

aku jumpa fakta ni kat blog apiz c14. dan aku rasa, aku wajib kongsi sama korang!
dah x payah nak marah marah lepas baca. pedulik pulak aku kalau ko marah.
credit apiz c14!
punk not dead!


Dia telah bertanyakan kat aku bagaimana nak buat member rapatnya supaya tidak mengajak pergi clubbing. Cool! aku ada cadangan.. ini jawapan untuk anda..

1. Datang lambat

2. Pakai selipar

3. Tumpahkan air

4. Silat Hj Hassan Jambul aka Mahuba

5. Main SMS

6. Cium bonzer

7. Tinggalkan IC

8. Bawa awek.. hehe..

9. Buka lampu


1. Datang Lambat

Tahu tak anda yang club ni akan tutup pada pukul 3 pagi? Bila member anda ajak pergi club jer, anda terus offer untuk naik kereta anda. Cuba melengahkan masa sehingga 2.30 pagi untuk bertolak dari rumah. Mesti member anda bengang kerana tiba club 10 minit sebelum tutup.

2. Pakai Selipar

Minggu berikutnya mesti member anda suruh gerak awal sikit. takpe layan jer.. anda hendaklah berpakaian ala-ala Ein Second Combat diatas pentas berserta 'X' ditangan. Pakai pula selipar jamban cap Tat Sing. Confirm anda tak dapat masuk..

3. Tumpahkan Air

Kalau member anda ajak lagi, kali ni anda dengan selamba memilih table yang dekat dengan Mat Gangster. Anda hanya perlu buat-buat mabuk dan tertumpahkan botol 'air' meja gengster tu. Jangan panik! terus jer pura-pura pengsan bagi mengelakkan anda di "tibai laju-laju". Hahaha.. dah tentu member anda yang kena ganti botol 'air' gengster tu.

4. Silat Hj Hassan Jambul a.k.a Mahuba

"Minggu ni ko jangan buat pasal eh!!" Amaran member anda menunjukkan dia dah bengang. Good! teruskan misi anda! Sedang diorang syok-syok shuffle dan tectonic. Anda cuba menarik perhatian semua pengunjung dengan buka buah Silat Hj Hassan Jambul atau dalam bahasa jepun dipanggil Mahuba. Teruskan bersilat sampai semua pengunjung jelik tengok anda, anda buat je muka bangga dan lepak dengan member anda tadi.

5. Main SmS

Kali ni anda rilex sebab member anda dah panas hati dengan anda. Kalau anda bersilat lagi memang dapat tapak kaki kat muka kot. Anda jangan endahkan sesiapa, anda cuma main sms sampai club tutup. Pastu cakap, “Eh dah nak balik ke?”.

6. Cium Bonzer

Kali ni anda mesti mempunyai keberanian yang cukup. Semasa di pintu masuk, anda dengan tanpa kesangsian terus cium dahi bonzer yang paling garang. Lepas tu, buat senyuman romantic dan riak kepuasan. Jawabnya memang kena halau la.. kan best boleh balik!

7. Tak Bawa IC

Tahukah anda yang anda hendaklah berumur 18 tahun ke atas untuk memasuki Club? Hahahaha… ini paling mudah.. anda hanya perlu meninggalkan IC di rumah. Lepas tu, tunjukkan semangat clubbing kepada member anda macam dah takde hari esok lagi.. sampai jer kat pintu masuk, anda hendaklah cakap kuat-kuat sampai bonzer perasan. Contohnya, “Tadi kat sekolah cikgu matematik cakap aku pandai! Ni yang aku ajak korang pergi clubbing”. Ermm.. muka cam dah berumur 24 tahun tapi cerita pasal sekolah. Tingkah laku anda membuat bonzer curiga dan meminta untuk periksa IC. Tak bawa IC? Memang bonzer tu suruh balik dan berkata, “Ko ingat ni tempat tuisyen?”.

8. Bawa Awek

Kenapalah member anda tak serik-serik lagi mengajak anda ni? Bukan anda nak open table pun, mungkin anda best kot. Ok kali ni anda buat surprise kat member-member anda dengan mengatakan anda bawa awek. Mesti kawan anda yang playboy tu seronok. Mana lah tahu anda kasi pakai satu malam ke.. hehe.. Jeng! Jeng! Jeng! “Asalamualaykum.. nama saya Norazlinda. Saya rasa cam tak sesuai lah saya kat sini..”. Awek bertudung lah bro! sori yer.. kami nak pergi surau jap..

9. Buka Lampu

Aku rasa diorang dah tak ajak ko dah sebab setiap kali pergi club ada jer masalah yang ko bawa. Cun bro! tapi takper.. kasi dia penyesalan yang lebih teruk lagi. Anda hanya perlu buat muka tak malu dengan mempelawa diri sendiri ke majlis cucuk langit tersebut. Tunggu sampai waktu kemuncak, time diorang tengah seronok tak ingat akhirat. Anda pergi cari suis lampu utama untuk membuka lampu. Selepas satu club terang menderang ibarat matahari siang atas kepala, sudah pasti semua orang akan tertumpu kat anda. Rilex… anda hanya perlu berkata, “Sori yer.. toilet kat mana?”. Best! sebelum botol chivas tu hinggap kat kepala anda.. baik anda cabut lari!

Macam mana bro? ok tak! Lepas ni, anda boleh senang lenang tanpa gangguan dari member-member cucuk langit lagi. Teruslah menjadi Punkrocker atau mat rock yang sejati dan tepu! Jangan lupa minta maaf dengan kawan-kawan anda. Jalan orang tak sama, minat orang pun lain-lain! Ingat tu! Ok lah.. chow dulu bro! jumpa lagi!.


crdit : apiz c14

8 comments:

MéuzAngelo™ XXIII said...

no to clubbing..

hmm.. lps ni boleh masuk kelab rumah tangga dan alam sekitar..
x pun msuk kelab jeng-jeng (tv3 punye citer bodoh)..

haha

nand nasyari said...

aahaha...kewl gile..muahahah..
sumpah lawak.. ;D

jaja karen said...

haha muez, kelab rumah tanngga lambat lagi

jaja karen said...

hahaha nand!!

eijaBEBEH said...

Haha tgelak2 i bace ni atas train.tbaek lpas nie i cube la ble ad stok2 ajk clubbing lg

jaja karen said...

haha. bagus sila praktikkan ok!
haram dekat dekat dengan tempat cucuk langit nie haha

Aina Alia bt Rahim said...

pandai!:D

jaja karen said...

;)) aina