20110105

Fiksi Facebook,

As im very very excited to get to know this amazing girl,i have asked her straightly to share this awesome piece of mind that you will eat in a couple of minutes later.Highly credited to Saidatul Madiha.


"Saya sebenarnya, sebenarnya, sebenarnya, seorang yang bitchy."

"Saya juga seorang yang pandai dalam bidang menghabiskan duit mak bapak saya untuk beli kasut sehingga berbelas-belas pasang, baju , seluar, skirt, selendang yang terbaru di pasaran."

"Saya juga suka post gambar saya dengan posisi dan gaya berbeza semasa makan di meja dan kerusi yang sama sebanyak 30 keping, walaupun saya cuma minum Starbucks Coffee memakai pakaian cantik-cantik."

"Sekiranya saya mempunyai teman lelaki, pasti saya akan memuat naik gambar saya dengan si dia bersentuh pipi sambil tersenyum bangga di meja makan restoran makanan segera yang biasa kami kunjungi. Bilangan gambar biasanya lebih dari 12 keping."

"Dan sekiranya saya baru berpacaran dengan si dia, walaupun baru berpisah dengan bekas teman lelaki tidak lebih dari 94 jam, saya akan menulis di kotak status Facebook bahawa si dia yang baru saya pacari ini lebih baik dari teman lelaki yang dulu."

"Selain itu, saya juga akan terus membuat kenyataan bahawa saya sekarang berada di dalam sebuah perhubungan yang suci murni dan diberkati Allah bersama si dia dan kami berharap hubungan ini akan kekal selamanya sehingga ke pintu syurga(haa, memang la sampai pintu je, masuk je pintu, bf kau tinggalkan kau)"

"Tambahan pula, andai kami berpisah, saya akan menulis status meroyan pecah hati luka seribu ditoreh cermin sendiri, menyangkakan dirinya benar-benar ikhlas mencintai saya, rupa-rupanya beliau hanya mencintai buah dada, punggung dan whats the word for pussy in Malay?"

"Bila saya memaki-maki si dia di ruang status ini, menggunakan perkataan seperti jantan sial,lelaki tak guna, bodoh, jantan bangang dan juga beberapa perkataan manja yang terpaksa saya tapis di sini, ramai kawan-kawan perempuan saya akan hadir memberikan komen simpati dan turut bersetuju dengan apa yang saya katakan, malahan ikut memaki walaupun tak pernah bersua muka dan berbual dengan si dia."

"Sedangkan punca sebenar kami berpisah adalah kerana keengganan dia untuk membalas ciuman saya, selain enggan membelikan saya sepasang kasut baru yang benar-benar saya idamkan. Dia juga menyentuh punggung saya, walaupun pada asalnya, saya yang meraba bahagian kelengkangnya terlebih dahulu. Tapi itu semua saya rahsiakan dan menuduh dia punca segala keretakan."

"Dan bila ada yang menegur akan tingkah laku saya, saya akan memberi jawapan ala ala tiang surau iaitu, "Kubur aku, kubur aku la. Kubur lain-lain, apasal kau nak sibuk?Eleh, macam kau baik sangat nak tegur aku, cermin diri sendiri dulu la tengok muka tu macam babi ke apa. Perempuan sial, sibuk sibuk hal orang."

" Sindrom meroyan saya juga akan berlanjutan apabila saya memetik beberapa lagu pecah hati yang hangat pada masa kini seperti lagu Rihanna(okay sila karaoke) - "just gonna stand there and watch me burn, thats alright because i love the way you lie" sebagai tambahan kepada lagu-lagu rock kapak dan lagu yang pernah menjadi duet kami berdua di dalam kotak KBOX. "

"Beberapa hari kemudian, saya akan menukar gambar profil saya dengan meletakkan imej saya memakai pakaian yang sedikit seksi (seksi sikit je tau), menampakkan sedikit lurah dada saya, sambil menjelir lidah dan cuba untuk menunjukkan helaian bulu mata lentik saya yang disalut maskara (apa jenis maskara yang boleh extend tu?), aku tak ingat."

"Saya juga akan melaungkan manifesto perempuan yang baru sahaja ditinggalkan lelaki bahawa diri saya tidak memerlukan lelaki dalam hidup saya. Saya berkeras bahawa saya akan kekal bujang sepanjang hidup saya kerana kaum lelaki semuanya sama dan tak berguna. Girrllllllll Power! Saya mampu lakukannya tanpa lelaki!"

" Tapi si dia (bf baru taw) hadir di dalam hidup saya, kami berkenalan melalui laman sosial dan hati saya mula berbunga- bunga, begitu juga si dia, kerana si dia memuji saya comel dan mucuk, maka saya terpikat. Si dia pun apa kurangnya dengan gaya indie seluar skinnynya, saya jatuh hati. Lalu, saya share video Orianthi-According To You dari Youtube utk beritahu shemua orunk yg bf sayew dlu mmg loser, yang baru ni tak loser taw."

Okay sila baca dari perenggan pertama semula.

6 comments:

Ieyka Lovva said...

hahaha..i like lahh!

Anonymous said...

hahahahaahahah

"jantan semua sama"

selang beberapa lama, kuar status baru plak

"u make me smile" <--- hahahaha bodo sial

Anonymous said...

hahahahaahahah

"jantan semua sama"

selang beberapa lama, kuar status baru plak

"u make me smile" <--- hahahaha bodo sial

**boyer <--- aku

JJ KRN said...

buaya - nafsu

Kc Kasedah said...

heheh tepat sial!

JJ KRN said...

headshot kan.