20110208

Hilang,


Pagi itu suram.Sangat suram.Bilik Anna hanya disinari dengan lampu screen laptopnya yang
dibiar pasang hingga siang.Dibiar.Dikuatkan alunan Creep berulang ulang kali.Sesekali diulang video kenangannya bersama Kid.Anna biar semuanya itu hingga dia terlelap.Dia tidur beralaskan kertas kertas putih yang diconteng.Diconteng penuh dengan nama Kid.Ya,air mata betinanya deras mengalir.Deras.

"Morning Kid"

Satu text dihantar.Diharap balasan.Diharap ada yang sedar kewujudan text itu.Diharap ada yang kisahkan morning text itu.Diharap ada yang punya hati untuk membalasnya kembali.Seharian Anna menunggu,tiada balasan dari Kid.

"Mungkin dia busy"

Monolog hati Anna dengan rasa sedapkan hati sendiri.

Anna berjalan di luar.Ke bus stop itu.Diharap terserempak dengan Kid petang yang amat hening.Dia ingat lagi.Di bus stop itulah,dia dan Kid bersua.Dia ingat lagi setiap jam lima,mesti dia terserempak dengan Kid.Dan di setiap jam lima,Kid akan menegurnya ;

"Hai,boleh saya tahu sekarang pukul berapa ya?"

"Lima,kenapa ya?"

"Oh tak mengapa.Pelik kan.Setiap kali jam lima,kita berjumpa"

Anna tersenyum seorang dan menjawab,

"Ya,pelik bukan?"

"Mungkin kita perlu memulakan sesuatu yang baru di jam lima?"

Mereka tersenyum.Dan dari hari itu.Perkenalan mereka bermula.Hari demi hari,segala galanya indah.

"Eh Kid,jum picnic nak petang ni?Aku bosan la dekat rumah"

"Alahai comelnya kau Anna,kita berdua je?"

"Yelah,dengan siapa lagi?"

"Baiklah Siti Raihana,saya setuju dengan pelawaan tuan puteri"

Anna senyum sampai telinga bila Kid bersetuju.

Petang itu mereka ke taman itu.Berpicnic.Anna menyarungkan dress putihnya sama sepatu vintage merah kegemarannya.Kid seperti biasa,segak dengan kemejanya.

"Anna kau comel sangat petang ni kenapa?.Serious comel dengan dress putih ni baby"

"Kau puji puji aku ni nak apa sebenarnya Kid?"

"Eh puji pon salah?Aku cakap kau mcm pontianak nak?Suka?"

Terus cubitan diberikan kepada Kid.Mereka sangat happy petang itu.Kide memetik gitar mengalunkan beberapa lagu.Anna tidak terlepas untuk merecord segalanya.Kek,apple,semuanya dimakan bersama.Ada juga sekali dua Kid menggeletek Anna.Anna ketawa tak ingat dunia.Mereka berkejar kejaran.Ditembak gambar bersama beberapa kali.Kid mengdukung Anna petang itu.Keindahan sunset petang itu dijamah bersama.Indah.Sangat indah.

"Kid,kita bestfriend kan?" Anna bisik kepada Kid sambil tangan mereka berpegangan.

"Ya Anna,kau bestfriend aku.Kau heroin aku kan Anna?"

Anna senyum.Disandar di atas bahu Kid.Mereka senyum.

----------------------------------------------------------------------------------------------


"Anna sudahlah tu,mari balik,kau buat apa dekat taman ni?"

Anna tetap diam terpaku walaupun panggilan dari ibunya itu didengari.

"Kejaplah lagi la ibu,Anna tunggu Kid datang.Kitorang nak picnic lagi petang ni"

Ibu Anna diam sambil kepala digeleng.Dibiarkan Anna sendirian di taman itu.

"Kid,mana kau ni,lambatnya datang"

Anna mengomel sendirian.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

"Ibu,Anna nak pergi 7e kejap ea?"

"Ha,jangan lambat balik.Dah senja ni"

"Alah,anna pegi 7e je bu,bukan nak pegi shopping"

"yelah yelah"

Langkahan Anna laju menghala ke 7e itu.Masuk sahaja ke kedai itu,terus dicapai roti coklat itu.Diambil dua.Coke itu juga dicapai dua.

"Kalau Kid tahu aku beli roti ni,mesti dia suka"

Monolog Anna sendirian.

Roti dan coke itu dibayar.Anna melangkah keluar.Sebaik sahaja dia melangkah,Lin,jirannya menegur,

"Eh Anna,kau nak pergi mana?Dengan roti coke semua"

"Nak jumpa Kid,dia mesti suka aku beli roti and coke ni kan?"

anna menjawab dengan penuh senyuman di bibir.

Lin hanya memandang Anna sepi.Sambil digeleng kepala berkali.Anna meninggalkan Lin selepas mereka berjabat tangan.

Anna menuju ke taman permainan itu.Di buaian yang dimain selalu bersama dia dan Kid.
Dia decide untuk menunggu Kid disitu.Dia ingat lagi.Kid selalu menakutkannya dengan menolak buaiannya laju;

"Kid janganlah.Aku takutlah buaian ni laju sangat"

"eleh kata gengster,takkan dengan buaian pon kau takut Anna?"

"Kau diamlah Kid"

Kid mengacau Anna lagi dan lagi.

"Kid,mana kau ni dari tadi aku tunggu...."

----------------------------------------------------------------------------------------------

Pagi itu Anna bangun.Dia berdiri betul betul di hadapan cermin.Dilihat rambutnya yang berbulan tidak dipotong.Dilihat badannya yang semakin menyusut.Gambar Kid dipegang.
Didakap penuh erat.Dipegang roti dan coke yang dibelinya semalam..

"Anna,mari makan"

"Nantilah ibu.Anna tak ada selera"

"Baiklah.Tapi ni Lin datang ni Anna.Dia mahu jumpa kamu"

Sejurus kemudian,Lin masuk ke dalam.Tidak sempat Anna berkata apa apa,Lin terus berkata;

"Anna sudahlah.Berhenti jadi begini.Yang pergi tetap pergi Anna.Berhenti dari text dia Anna.Dia takkan ada untuk membalas semua.Berhenti beli coke dan roti tu Anna,Kid takkan ada disebelah kau untuk jamah semua itu.Berhenti dari pergi ke taman itu Anna,Kid takkan ada untuk bermain bersama kau.Takkan ada untuk berpicnic dengan kau.Dia dah pergi Anna.Sudah setahun dia pergi Anna.Kau masih macam ni"

Tanpa sedar,air mata anna mengalir deras.Sederas air di laut.

"Tak Lin,dia ada dekat rumah dia kan Lin?Dia busy kan?"

"Ya Allah Anna,bangun Anna.Arwah dah lama pergi meninggalkan kita.Anna bangun"

"Aku rindu dia Lin.Siapa lagi nak jadi bestfriend aku?Siapa lagi?"

"Kau doakan saja arwah tenang disana Anna.Berhenti berpelakuan begini.Arwah dah tak ada Anna.Bangun"

Lin memeluk menenangkan Anna.Tapi Anna tetap begitu.Hatinya masih ada Kid.Bau kid masih segar di ingatan Anna.Masih kuat.

"aku harap kau kuat Anna.Ini semua dugaan.yang dah pergi tetap pergi.kau tak ada kuasa nak kembalikan dia.dia dah hilang dari pandangan kita semua."

Lin menghamburkan kata kata semangat itu kepada Anna.

Anna masih berteleku di situ.Diam dan kaku.

Lin berlalu meninggalkan Anna dengan penuh rasa kasihan.

Anna masih disitu.Berpeluktubuh bersama gambar gambar Kid.

Gambar Kid dipegang.Dan anna berbisik.

"Kid,aku rindu kau.Kau dengar aku kan?"

END.




4 comments:

nurlina yaacob said...

jaja. i copy ur link to be my status at fb. i really like this. so much!

JJ KRN said...

Oh much appreciated.Thanks for reading Lina :)

Unknown said...

luv dis!!

JJ KRN said...

Thanks for reading and love it Atikah :)