20110206

Tipu-lah,




Tipu,
Kau memang pentipu.Kan?


Tipulah kalau kau benci aku gila babi
sedangkan kau stalk blog dan facebook dan twitter aku setiap hari,
Kau nak tahu apa aku buat itu dan ini,
Kau kisahkan gambar aku begitu begini,

Tipulah kalau kau benci aku sangat-sangat,
sedangkan kau mahu tahu apa yang aku buat setiap saat
Kau sanggup menunggu depan pc di malam pekat,
Setiap apa yang aku buat kau ingat.


Tipulah kalau kau benci aku dalam-dalam
kalau masih mengharap balasan sms aku dalam diam
kalau kau masih berhati remuk redam dalam diam
Kalau kau masih diam bila ditegur di setiap setengah jam.

Tipulah kalau kau benci aku
kalau masih berpaling bila ada yang sebut nama aku
Kalau kau masih rasa setiap kata kata aku,
kalau masih tengok orang lain dan nampak aku,
kalau masih tutup telinga dan dengar suara aku,
Kalau masih berjalan dan lihat aku di sebelah kamu,

dan harap boleh rangkul tangan aku dan bergelak ketawa di tempat lama itu.

Kau benci aku?

Tipulah!

No comments: