20100428

Monolog Cik Jenab,


Berhati hati pabila melontar kata kata,
Berhati hati mengawal emosi dan perasaan,
Bak kata orang, think before you act,
Tahukah engkau Lidah itu senjata paling tajam di dalam dunia?
Ya, Lidah.
Dengan kata - kata, engkau berjaya menjatuhkan reputasi seseorang,
Dengan kata-kata juga engkau berjaya menambat hati seseorang.
Dengan kata - kata juga engkau berjaya dipulaukan oleh semua orang.


"Kau nampak cantik dengan baju kurung biru ni Jenab"

Jenab tersenyum senyum sipu sipu malu malu.
Nah, kau berjaya memberi satu senyuman kepada Jenab.
Bagus bukan?
Senyum itu kan sedekah.

"Muka kau mcm budak sindrom down doh, mesti mak bapak kau keturunan orang2 cacat kan?"

Jenab akan kata pada kau,"pukimak!"
Paling koman pon macam tu lah.
Paling tidak pon die menangis cita pada semua orang mulut kau macam longkang.
Dan tahniah.
Kau hilang seorang kawan.

Begitu juga dalam plot cerita antara dua seks berbeza. Lelaki dan perempuan. Laila dan Majnun. Jack dan Rose. Romeo dan Juliet. Kassim dengan Jenab.

Sama sahaja. Dua2 lidah harus dijaga.

Kau harus ada banyak perasaan sabar.
Bukan harus lagi tapi WAJIB.
Kerana apa.
Kerana tak guna kalau kau cantik, Tak guna kalau kau kacak, tapi kau tak sabar melayan kerenah kerenah pelik pelik kekasih kekasih kau.

Exception kepada kaum hawa yang berada dalam bulan merah.
Faham sajalah. Emosi mereka tidak menentu.So guys, harap maklum.

Kau kena fikir akibat pabila terlepas kata,

"I dah fedup lah dengan you"

Kau tahu akibatnya?
Pasangan kau akan rasa. Kau tak mahu dia lagi. Kau benci dia. Kau menyampah. Dan segala jenis perasaan negatif dalam diri kau.Kau taktahu keadaan dia ketika itu. Mungkin dia sedang stress memikirkan kewangan, hal hal rumah, hal hal pelajaran. Walhal, kau terlampau emosi . Kau tak benci dia pon. Kau tak menyampah pon sama dia. Kau mahu dia . Tambahan lagi, kau makin RINDU sama dia.

Bagi mengatur kembali buku buku yang sudah bersepah, bagi menyusun kembali baju baju yang sudah ronyok ronyok, bagi menyejukkan kembali air yang sudah panas,bagi memujuk kembali hati yang sudah merajuk, kau harus melakukan sesuatu.

Korbankan masa kau untuk si dia.
Tak salah berkorban untuk kebahagiaan kau sendiri.
Kata pada dia dengan penuh jujur.
Kata dengan sepenuh hati.
Sejukkan hati dia yang sudah panas.


"Saya minta maaf.Saya terlampau emosi. Blame it on me. Blame it on me. Saya rindu kamu"



C
uba selagi kau mampu mencuba dan tidak bosan untuk mencuba.
Cuba selagi kau mampu.
Cuba selagi kau boleh.
Cuba selagi kau tak jemu.
Kerana setiap usaha itu ada hasilnya.

"Ok,saya maafkan kamu"

Lihat.
Kau berjaya menyusun kembali buku buku yang bersepah.
Berjaya memujuk hati yang sudah marah.
Berjaya menyejukkan kembali air milo yang sudah panas.

Maka dengan itu,
learn from your mistakes.
Kawal emosi kau.
Fikir sebelum bertindak.
Jaga jaga lidah kamu.
Kerana itu senjata kamu yang paling tajam.

:)


p/s : I love you.


4 comments:

Amanda said...

biasanya, kaum yang berkhalkum suka buat hal macam ni.

kita-kita ni lah yang paling banyak bersabar u'olsss~

Ikemal said...

Dengan kata - kata, engkau berjaya menjatuhkan reputasi seseorang,
Dengan kata-kata juga engkau berjaya menambat hati seseorang.
Dengan kata - kata juga engkau berjaya dipulaukan oleh semua orang.

aku paling suka quote ini.

aku setuju dengan komen amanda nih. Tapi aku juga pernah belajar bahawa perempuan mampu buat perkara yang sama. chill!

jaja karen said...

manda - saba nyah! haahaha. haih.

jaja karen said...

ikemal - thanks yeah.

ya semua pon pernah buat benda yang sama :)