20100514

Cinta atap,





Cinta.Love.atau apa apa saja yang kau kau semua mahu define.Tak semua tahu apa itu cinta.Termasuk aku.Aku masih cari apa itu cinta. Ada orang bodoh sebab cinta. Ada orang derita kerana cinta. Ada orang hidupnya gembira kerana cinta.Ada orang senyum sampai telinga kerana cinta.Ada orang bermusuh musuhan kerana cinta. Ada orang menangis kerana cinta.Tapi ingat kau kau semua, orang itu bodoh, sedih, derita,senyum, menangis, ada sebabnya. ADA sebabnya yang mereka sendiri tahu.Hati kecil mereka sendiri yang RASA.bukan kau, bukan dia, tapi MEREKA.Tapi percayalah, cinta itu ada.


Anna baring . Baring atas katilnya.. Dia pandang atas. Dia depa tangan. Dia lihat siling. Badannya semakin menyusut. Mungkin kerana Aidil tiada lagi dalam hidupnya. Aidil. Lelaki yang beri dia senyum hari - hari. Yang buat dia ketawa sampai menangis. Dia tak sangka lelaki itu pergi sebegitu cepat.Aidil pergi meninggalkan anna kerana kanser hatinya yang terlalu parah.

"Anna, mari makan."

"Tak apa lah bu.Anna tak lapar,ibu makanlah dulu''

"Sudahlah Anna,jangan diikutkan sangat perasaan tu"

Anna diam.Dia terus termenung. Ibu berlalu pergi.Anna kunci pintu biliknya.Dia pandang cermin.Rambutnya yang diikat, dilepaskan. Dia ingat lagi bila dia bersama Aidil,lelaki itu pesan,

"Kau jangan potong rambut kau lagi taw baby,aku suka rambut kau panjang mcm ni,kau nampak comel"

"Okay, aku takkan potong, kau dengan ibu sama je. taksuka aku potong rambut. aku tak potong ni sbb aku sayang kau taw"

Aidil pandang Anna.Dalam pandangannya,dan dia kucup dahi Anna.Anna senyum.Dan mereka berjalan pulang.

Aidil,aku rindu kau.
Anna buka almari.Dia capai kotak.Kotak yang tersimpan segala gambar - gambar dia dan aidil.Surat-surat, hadiah -hadiah.Semua.Dia lihat semua itu kembali.Air mata betina dia mengalir lagi.Entah untuk kali ke berapa.


Tapi itu semua dulu.Setahun yang lepas.Sekarang Anna sudah kuat. Kembali ceria.Kembali senyum.Kembali bersosial dengan kawan - kawan.Kembali ber jenaka dengan rakan rakan.

Tapi Anna tak jumpa cinta seperti Aidil.Susah.Payah.
Hingga satu hari,Anna mula berbual bual dengan Kid.Rakan sosial facebooknya.
Dan ya.Anna rasa pelik.Dia rasa gembira yang sangat gembira.bila Kid berjenaka dengannya.Tiap hari Anna tunggu Kid ber-online.Anna rasa semangat dia kembali pulih.

"Anna, kau kenapa kurus sangat?"

"Kid,aku dah hilang seleralah''

"Kau bela hantu raya eh?"

"HAHA.Bukan makin gemuk ke kalau bela hantu raya?"

"Aku saja nak test kau ni lem ke tak"

Dan Anna pon ketawa.Senyum sampai telinga.

Lama mereka berkawan.Tapi hanya di laman sosial.Anna marah,sedih,happy.Semua Kid tahu.Dalam diam,Anna menyukai Kid.Tapi Anna rasa rendah diri.Dia tak sanggup nak beritahu Kid.Mungkin dia terlalu sakit dengan Aidil.mungkin Anna bencikan satu perubahan.

"Anna,kau taknak jumpa aku yang hensem ni ke?"

"Weh,m.daud kilau pon menang kot dengan kau"

Padahal hati Anna menjerit - jerit mahu berjumpa dengan Kid.

"Eleh,aku tahu,kau nak kata aku hensem kan?tapi kau segan"

"Bla la weh.Nak jumpa ? Bila?"

"Esok.Dekat port aku"

"Weh port apa ni?kau pusher ke ape?"

"Bukan lah gila.Kau tunggu aku esok.Dekat 7e yang aku cerita aku sesat tu"

"Okay,kau bukan perogol bersiri kan?"

"Takde lah.serial killer je"

Dan Kid pon off.Anna senyum ketawa.Anna eksaited.Puas dia fikir, nak pakai baju apa.Malam itu, Anna senyum hingga terlelap.

"Kid,Mana kau?"

"Aku yang hensem ni pon kau xnampak ke Anna?"

Anna pandang belakang bila terdengar sesoeorang menyebut namanya.Omaigod.kata Anna dalam hati.Kid betul2 mencairkan dia.Walau dengan jeans lusuh,dengan tshirt bloc party,dengan senjata tembak dibelakangnya,sambil hembus dunhillmerah, itu sudah cukup mencairkan Anna.

"Weh, kau kenapa terdiam macam nampak hantu ni?Dalam Ym kemain lagi lincah bercakap dengan aku"

"Kau hodoh sgt.Sebab tu aku terdiam"

"HAHA.Mangkok.Dah2 jum jum"

"Pegi mana?"

"Kau ikut je, kau mesti suka lah tempat ni"

"Jangan kau bawak aku pegi kelab dangdut sudahlah Kid.Muka dah la iras iras m daud kilau"

"Siot la kau ni,haha,kau ikot je.Jangan banyak bunyik"

Kid pimpin tangan Anna.Anna terkejut.Kid senyum.Dalam hati Anna berbunga bunga gembira.
Mereka berjalan . Agak jauh juga. Anna tertanya tanya.Kenapa Kid menghala ke bangunan itu.

"Ok,kita dah sampai"

"Bangunan ape ni weh?Nampak mcm dah lama gila dibiarkan.semak semak semua."

"Ni lah port aku kalau aku bosan.Jom naik atas"

"Jom"

Mereka mendaki tangga - tangga. Anna rasa sangat teruja.

anna eksaited. lama dia tinggalkan tempat begini. semenjak aidil dah pergi. dia tak ada teman mahu ke tempat begini.
mereka sampai juga ke bangunan paling atas.ke atap yang paling atas.tempat yang jauh dari bunyi bising dunia. kerusi berselerak. habuk - habuk. paku paku.semua ada. dari atas. Anna nampak seluruh bandar. Dia rasa puas.Dia rasa diri dia sudah jauh dari tangis derita lama.

"kau kenapa diam?"

"tak ada apa.thanks kid"

"kau suka?"

"sangat"

"kalau kau suka, aku nak kau jalan itik depan aku sekarang"

"HAHA.gila! tamahu aku.penat lah kaki aku nanti"

"ala kau ni.mengada.haha.dah2 jom jom. kita lepak tepi sana."

"kau tak takot jatuh ke? tinggi taw tak kita ni"

"ala anna, kalau dah ajal,kat mana mana pon aku boleh mati"

Anna terdiam.Dia ekori saja langkah kaki Kid.Mereka duduk. Tangan mereka kebelakang.Kaki dijatuhkan ke bawah bangunan.Matahari yang mahu terbenam ketika itu adalah hiburan yang paling istimewa untuk Anna dan Kid.Pada hari pertama mereka berjumpa,Kid sudah hidangkan Anna dengan hiburan yang sgt istimewa.Sayang Anna pada Kid semakin kuat.

"kau tahu Anna, kalau aku sedih.Aku datang sini.Kadang2 sampai aku lupa nak balik rumah.Tempat ni sangat istimewa untuk aku"

"Tapi kenapa kau sedih kid?"

"Anna, tak semua dalam hidup aku ni, buat aku senyum.kadang2 kita perlu sedih untuk jadi kuat"

Anna pandang Kid.Hebat juga berkata kata lelaki ni.

"Tempat ni dah mcm rumah kedua aku Anna. Aku suka sebab aku tak jumpa org kalau aku dekat atas ni,aku tak sedih tgk muka suma orang"

"kid , aku ada dgn kau sekarang.kalau kau sedih. kau cari aku. aku rasa. aku pon rasa apa yang kau rasa sekarang"

"yelah cik Siti Raihana.kau ni comel jugak kan.Aku ingat gadis2 laman sosial ni sumanya fake."

"ah kau. jangan nak nama penuh sgt lah.and jgn nak membodek aku.aku tak ada ferrari kt rumah"

"puji pon salah.kau comel lah anna, mcm sailormoon"

"haha. sial! dah2. aku taknak dga ayat2 gula kau lagi"

"kau suka kan kan kan?"

Anna sengih sinis. sambil matanya menjeling Kid. dia cubit Kid. Kid lari. mereka berkejar kejaran atas bangunan itu. Kid tembak beberapa gambar Anna.Gambar mereka
berdua juga. Mereka berdua punya minat yang sama. sangat gilakan camera. Bagi mereka camera itu jiwa.gambar itu nyawa.

Setelah beberapa lama menggila di atas sana..mereka bergerak pulang. dalam perjalanan.hujan turun. anna dan kid berlari2 mendapatkan tempat berteduh.dan kid peluk anna. hujan turun dgn lebatnya.tiba tiba kid tarik tgn
anna.anna terkesima. mereka menari - nari. tak peduli dgn org org sekeliling. mereka menari bagai tiada hari esok.kid tolak anna.anna tolak kid.ada jugalah kid jatuh tergelincir.akhirnya, kid selamat menghantar anna ke rumah. kid ucap selamat tinggal. anna lari ke bilik. laju saja
dia membuka laptop.gamba kid menjadi desktop background. segala tentang hari itu. dia tulis di dalam diarinya.anna sgt gembira. dia sepertit rasa dia sudah temui cinta
selepas aidil.

hari berganti hari. bulan berganti bulan. sedar tak sedar. sudah hampir setahun lebih mereka berkawan.sudah banyak kali juga mereka berdua lepak di atap paling atas itu.
kadang2 anna petik gitarnya di atas sana. menyanyi dengan Kid.melepaskan segala rasa. segala gala nya begitu indah. Kid seperti tahu apa yang Anna mahu. Kid tahu bagaimana mahu buat Anna tersenyum.
Anna rasa seperti tidak mahu ada hari penghujung utk dia dan Kid. dia tidak mahu ada perkataan goodbye dalam hidup mereka. Kid melayan Anna dengan begitu baik.
Hingga satu hari.Mereka lepak di Mcdonalds. Kid dan Anna membawa komputer riba masing -masing.

"Kid, aku nak pegi toilet jap. Sakit perut siut."

"Ha yelah"

"Kau jaga laptop aku jap.Jangan risau. Takde blue"

"Kecoh la. Kau ingt aku pervert sgt ke?"

"Wekk"

Anna berlalu pergi ke tandas.
Kid curi tgk laptop anna. Kid terdiam. Dia tak sangka. Gambarnya menjadi desktop background. Kid ternampak satu folder bernama "kau Kid aku"
Dia buka. Omaigod. Anna meluahkan perasaanya kepada Kid dalam nota itu.Segala tentang Kid anna tulis. Kid tak sangka. Anna memendam perasaan terhadapnya.Kid terdiam dan terus terdiam.
hingga tidak sedar anna sudah ada disebelahnya. Anna pandang kid.

"kenapa? kau dah tahu?"

"Anna..aku..."

"Sudahlah kid.aku tahu kau taksuka"

"Anna.."

Anna berlalu pergi meniggalkan kid.Kid sgt speechless.

"Anna aku pon suka kau"

Anna terdiam tatkala kid menelefonnya malam itu. mereka terus berhubung . saling menyayangi antara satu sama lain.anna terlalu sygkan kid. kid juga begitu.hari hari mereka begitu indah.

hingga satu malam,kid menghantar mesej kpaada anna.

"anna, kalau aku ada someone else.kau mcmmana?"

"takpe kid. aku hormat kau and aku tak ada hak nak halang perasaan kau."

"you are so sweet my little girl. aku syg kau"

"knp kid? kau ade someone else ke?jujur dgn aku kid. aku xkesah"

"bukan mcmtu. aku masih ingtkan mira aku lah anna. aku susah mahu lupa dia. even dia sudah ada kekasih sekrang.kau mst faham kan perasaan susah lupa"

"tak apa kid. aku xkesah. aku tahu di mana aku berdiri. just remember kid. i always be with you, no metta wat happen.aku ttp syg kau kid."

"mybe kita perlu masa anna.masa yang lama.aku syg kau jugak anna. cuma kita perlu masa utk sesuatu yang lebih jauh"

"kid, just follow ur heart's says, jgn worry pasal aku.ignore my feelings. kau hanya perlu tahu, aku sentiasa ada utk diri kau"

kid terdiam. anna sgt baik dan jujur bagi dia.dia peluk anna. anna sgt caring ttg dia. walau dia tahu dia akan terluka. anna tetap gagah. tetap dengan
perasaannya.tetap dengan pendiriannya. baginya. lebih baik dia sakit mencintai lelaki yang betul-betul dia suka, drpd dia gembira ttapi berpura2 mencintai lelaki lain.

hari-hari anna tidak akan ada satu pon terlepas dari berkata dia menyayangi Kid.setiap kali hari lahir kid, anna akan menghadiahkan kid apa saja yang kid suka. anna cuba sedaya
upaya menjaga hati kid.dia tidak pernah penat berusaha.ketika kid ditimpa kemalangan, anna sanggup menjaga kid di hospital sehingga larut malam. anna menyanyi di sebelah kid. buat kid tersnyum.
semunaya hanya utk kid.
hanya untuk kid.

namun apa yang kita mahu , tak semestinya akan jadi hak milik kita.setelah beberapa lama. kid membuat keputusan utk berjumpa dan memberitahu anna sesuatu.

"ada apa ni kid?"

"anna, aku harap, kau boleh terima dengan keputusan aku"

"keputusan apa?" anna keliru dan tertanya - tanya

"anna, aku dgn mira, sudah berbaik semula.. aku akan pindah ke penang. ayah ku harus berpindah ke sana.aku dah susah nak jumpa kau lagi lepas ni"

Airmata anna mengalir. sederas derasnya. dia tak sangka. kid akan meninggalkan dia sebegini.Kid mengesat air mata anna.

"Anna,please.Jangan mengalirkan air mata kau itu,kau tak comel lah kalau nangis" Kid cuba buat anna senyum.Tetapi gagal.

''kid, aku tamahu kata apa apa. cuma aku harap. kau bahagia. dan ingat. aku selalu ada untuk kau,ok?"

"Anna maafkan aku...."

Anna menutup mulut kid.Dia tarik tgn kid. masuk ke biliknya. Dia keluarkan satu album.Dia beri pada kid.

"ambiklah, ini album aku dengan kau, semua gamba ini aku kumpul, hanya utk kau"

"anna..kau terlalu baik anna"

"kid, aku sudah kata, aku selalu ada untuk kau. aku mahu kau gembira, aku tamahu kau sedih,ok?"

kid kucup dahi anna.betapa kentalnya hati Anna.dia berlalu pergi.anna mengekori kid dgn ekor matanya.anna menangis teresak esak..hanya tuhan tahu.sedihnya anna bila lepas ini kid sudah tiada utk menemaninya lagi. tak ada lagi yang mampu buat dia ketawa.tidak ada. tapi bagi anna,Kid ada dalam hatinya untuk selamanya dan cintanya pada Kid tak akan pernah pudar.
TAK AKAN.


kau kau semua kena tahu. cinta itu tak semestinya bersatu.mungkin anna bodoh.kerana mencintai lelaki yang tidak mencintainya.tapi anna jujur dengan perasaannya
dia tidak menipu dirinya sendiri. dia takmahu yang lain selain Kid.mungkin satu hari nnti, Kid akan buka jiwanya untuk anna.Kid akan nampak cinta anna itu begitu
jujur dan agung. Mungkin. Suatu hari nanti kau akan merasakan apa yang aku rasa Kid.Aku tunggu satu hari itu,hati anna berdetik.

Atap itu.
Rintik-rintik Hujan itu.
Gambar-gambar itu.
Sailormoon itu.
M.daud kilau itu.
Gitar aku.
Camera kamu.
Matahari itu.
Aku tak akan lupa Kid.


Semoga kau bahagia , Kid.



Dan Anna pun terlelap tanpa senyum dibibirnya lagi.







karya si bodoh,

Jaja Lee.



























32 comments:

Amanda said...

oh, bodohlah anna. nanti aku carikan jodoh lain utk dia.

Jaja Lee said...

dia jujur dgn diri sendiri manda oi.
hehe
cari jodoh? eceh. cari jodoh kau dulu manda. ;)

Anonymous said...

omai...panjangnye...ak rase seminggu baru ak boleh abes baca...

-sami botak pemalas-

Jaja Lee said...

haha. bace ajelah bape lame ko nak bace.

sape eh ni?

farrah said...

rangkap 2 terakhir, akan ada gadis baca karya kau dengan anggukan setuju walaupun jalan cerita ta sama dengan kisah hidup dia. :)

dan aku sentiasa suka karya halus yang kau gelar bodoh.

tapi asal kau suka buat citer sad ending hah. real life habes.

Jaja Lee said...

haha. siapakah gadis itu? jeng jeng jeng.:P


karya bodoh aje weh.tak hebat pong.


i love something real.kalau fake nnti takmasuk hati lah. hehe :)

puas hati kau? seminggu menunggu kan.haha

Ikemal said...

sedih bila kita terpasksa pergi tinggalkan sesautu yg disayangi untukl yg lebih baik.

Jaja Lee said...

yea. sesuatu yang disayangi tu susah nak dijumpai.

EIJABEBEH said...

impressive :'(
anna kuat, kalau la aku dapat jd sekuat anna.
kid hebat tp xsetanding anna, kid pilih msa lepas walaupn masa depan dn skrg lg indah.

Jaja Lee said...

kid tak boleh tipu diri sendiri. anna pon. dua dua tak hipokrit.
i pon harap i gagah macam anna. harap sgt kuat macam tu.
kalau ada jodoh anna and kid.mmg dorg akan bsama juga.
time decides.:)
thanks eija for your comment :)

Jazica Albek said...

ape yg kau nak aku komen ni. haha
nice one, ja :) rajinnya karang cerita pjg2?

Jaja Lee said...

haha.
sminggu ni amekmasa. haha thnx ajiko

esumi-lynn said...

babi ah kau ja!!!
betul2 layan jiwa aku. adoh.

aku semacam rasa benci sayang pada kid. tapi kalau dah itu keputusan dia, terima jelah. *perasan pulak aku ni anna. adoy*

aku tak tahu nak beri komen yang bernas ape. tengah emosi sangat. aku mungkin mimpi ini malam ni. ah. bodoh.

Jaja Lee said...

haha nak sgt input emotions. hambek la. haha

saya nak jadi ANNA!!!

an said...

kakjaja . sebijik ngan kisah saye ou :( .

Jaja Lee said...

really? haha. it happens.

fikri FAUZI said...

wei...kau ade bakat tulis novel doe.
;PP

Jaja Lee said...

fik, hakhahaha, bakat hapebenda. novel panjang sgt aih. yang pendek cmnie pon aku malas nk type. wohohoho

Aina Alia bt Rahim said...

wah ! sonok bace!! kesian kat anna. hm xpe, she has her own feeling. mybe anna just perlu doakan kebahagiaan kid kalau die betol2 sygkn kid.xpayah sedey2, chill her life as long as she can,kalau kid boley happy xkn anna xley happy kan? for sure 1 day nnt kid akan sedar jugak betapa anna sygkan kat die. :)) wah3 jaja.... ;p

Jaja Lee said...

haha. patut la lama. panjang noo komennye. huhu;)
anna sgt jujur dgn perasaan dan teguh dgn pendirian.
susah kan nak benci orang yang kita dah sayang gila?
:)
thanks aina!! :)

Anonymous said...

tahniah jajajajaja
tak sangka awak boleh buat cerita macam nih
hihi
tak membosankan
pandai berkarya
(:

Jaja Lee said...

hai shafiq.
jgn nak anon sgt.
haha.
saya pon mcm xpcaya boleh type panjang gila. haha
thanks
cheers.
*,*

Anonymous said...

yess...jaja tak tahu ak siapa...

-sami botak pemalas-

Jaja Lee said...

MOKsesatPUT.
haha

shah amirul said...

creative abis.layan plak story line nye.hihi

rasa nya lagu a day to remember ' if it means a lot to you' tu sesuai jadi soundtrack rasa nya kalo cite ni kua wayang.hee

Jaja Lee said...

terima kasih weh baca :)
oh lagu tu. my forever fav :)
Kua waayang? singkat benar cintanye. hee

jules said...

berair mata sikit baca. haha layan habis karangan oleh cik jaja ni. and yes, love, like beauty, is personal, its subjective to ones emotion and personality, things that are unique to one person. so betul lah apa jaja cakap, 'Hati kecil mereka sendiri yang RASA.bukan kau, bukan dia, tapi MEREKA.' good luck anna :)

Jaja Lee said...

terima kasih jules. saya malu. pathetic kan i?
hope hope hope.

faizal z said...

dude.
kaw berenti belajar.
jadi writer.
seriously best karya karya kaw.

Cik Jaja Lee said...

kalau aku berenti belajar, sapa nak baya loan aku.haha.

lots thanks faizal! :)

Anonymous said...

sedih do cerita ni. macam kau dan aku je kan? :D cinta iu seperti seekor kupu-kupu yang indah dan tak mungkin di sentuh,tapi keindahanya dapat menjadikan sebuah taman yang menenangkan.

Cik Jaja Lee said...

and aku dengan kau bermain dengan kupu kupu itu sekarang.
dan please. jangan berhenti bermain.