20100823

tiga palat part one,




One.

Shit.Kadang - kadang kita selalu fikir. Kita okay okay saja.Tak pernah ada problem. Senyum hari hari. Berlagak happy-go-lucky. Tapi dalam hati? Hancur. Ranap. Seksa.Pedih. That is shit. Tapi bagi mereka yang optimistic.Terus jalan ke depan. Terus . Tanpa belok ke kiri atau kanan. Aku salute mereka yang terus jalan ke depan walau hidup dipenuhi bangsat. Salute. Batu betullah kau kau semua ni.

Jessy lihat jam di laptopnya. Damn. Dah pukul 5 pagi. Dia tak reti nak tidur lagi.Dia lihat keliling.Gelap. Yang menerang biliknya ketika itu hanyalah cahaya cahaya yang keluar dari screen laptop Apple nya.Pekikan mardy bum di slowkan.Gila apa nak memekak subuh subuh adam ni.

"Bila rambut aku nak panjang ni? Sial ah. Lembab.Padan muka aku. Konon jiwa kacau. Potong rambut lagi."

"Bodoh. Ingat potong rambut boleh solve problem ke?"

Monolog Jessy sendirian. Jessy sikat rambutnya kemas kemas. Biliknya yang penuh dengan posters and kertas kertas dia kutip. Jessy senyum hingga ke telinga bila dia lihat satu kertas yang siap dengan poemnya sendiri.Yes. Jessy suka menulis . Poems are her drugs. Dia lipat kertas putih itu. Lipat kemas - kemas. Dia simpan dalam envelope colour coklat yang dia beli sendiri di kedai uncle mariappan pagi tadi. Dia buka inbox.

"I miss you jessy. Take care babe"

Jessy senyum.
Selesai dia simpan, dia pejam mata sampai terlelap.

"Noah, kau kat mana do?"

"Afrika. Asal cine?"

"Teman aku jap. Beli barang."

"Barang apa? Kalau bra dengan panties aku nak ah follow"

"Pokemon lu. Jangan nak pervert sgt boleh tak.Beli tshirt lah"

"Beli untuk aku ke? Ish terimaseh je la wey"

"Mati hidup balik pon aku xkan beli la"

"Haha . Cibai. Tunggu aku kat bus stop depan rumah kau. Lagi 10 minit aku datang"

"Wey jangan lama lama. Hidupan comel mcm aku neh senang kena ngorat. Kang aku hilang, kau mula lah nangis.isk"

"Persoalannya kau comel ke?"

"Comel. Dah cepat. Kredit aku nak habis da ni.Kau x datang mmg cari pasal,Bye."


Two.

Jessy sembur perfume victoria secret ke baju anthrax nya.Dia senyum. Pandang cermin . Hati dia memang betul betul bunga bunga. Dalam hati ada air terjun bak kata orang. Happy semacam dia hari tu. Dia capai handphone nya. Dia senyum lagi. Bila dia baca text message malam tadi.Dia senyum lagi. Haih. Macam dapat cek sejuta dalam tangan.

"Mak, orang nak keluar kejap.Nak beli barang sikit"

"Kau nak kemana? Balik cepat. Jangan merayau. Sekarang kan musim hujan. Nanti demam"

"Orang keluar dengan Noah je. Mak jangan la marah marah nanti kedut kedut dah tak hot macam Jessica Alba , Abah pon lari, Hehe "

"Eh eh banyak la kau punya jessica alba. Megan fox lah"

"Aaar? HAHAHHAHA. Orang pegi dulu mak"

Jessy salam ibunya. Dia senyum. Dapatlah duit makan dari ibunya.

"Mana si afrika ni, lembab betul la"

Rungut jessy sendirian.

"HOI CINE!!"

Kedengaran pekikan Noah dan Tim keluar dari kereta itu. Noah berhenti betul betul di sebelah jessy.

"Bongok. Terkejut aku taw tak. Hoi Tim, apasal kau ikot? Aku takda ajak kau pon kan. Tatahu malu betul la kau "

"Eh sukahati aku lah. Kau sibuk apa . Haha. Lagipun Noah ni kan gay partner aku. Mana leh berenggang weh"

"Acik kau gay. Muka mcm Eman manan ada hati nak mengaku gay."

"Siot lu. Dah dah jum"

" Nak pegi mana ni?"

"Topman"

"Laaaa.Kau nak beli barang untuk sapa ni? haha okay. memang taknak beli bra la ni?"

"Adelah.Kau diam la noah."

Jessy cubit pinggang noah. Noah mengerang kesakitan. Diikuti dengan hilai tawa Tim. Mereka bertiga sahabat baik. Tim dan Noah adalah sepupu. Mereka berkawan sejak kecil lagi. Sejak Jessy bertukar sekolah sama dengan mereka. Kemana pergi mereka akan tetap bersama. Cuma Tim jarang bersama mereka. Tim sekarang dah masuk maktab tentera. Balik rumah pon jarang jarang. Jessy sangat sayang persahabatan mereka bertiga.Hanya Tim dan Noah saja yang paham perasaan Jessy. Hanya jantan berdua itu saja yang tahu macam mana mahu kasi jessy ketawa.Dulu mereka pergi kelas sama sama. Ponteng kelas sama sama.Makan sama sama. Cuma mandi je tak sama sama.

"Wey yang ni okay tak?"

Tanya jessy selepas setengah jam belek belek t shirt di kedai itu.

"Hitam? Hurm. Okaylah kot.Kau nak kasi sape ni, jess?"

Jessy tersengih sengih .

"Adalah"

"Nanti korang tahu jugak la"

Tim dan Noah senyum senyum.

"ala btaw je la jess. mamat mana yang kau angau sangat ni wey?"

Jess terus berlalu ke kaunter. Tanpa hiraukan pertanyaan dua jantan itu.Dia senyum lalu bayar.Dan dia senyum lagi.Sampai telinga.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

"Weh bangun la.Kau dah janji nak teman aku hanta barang ni kan"

Jessy sedikit meninggikan suaranya di telefon.10 kali dia mendail nombor yang sama,
sedikit hilang moodnya hari itu.

"Yela. Kejap la. Tunggu aku mandi jap. Tapi kita nak kemana?"

Noah tertanya tanya.

"Adalah. Dalam kereta nanti aku cerita.Kau tu cepatlah bersiap.Bukan senang Cik Megan Fox tu nak kasi aku keluar malam malam ni.Rare habis ni wey"

"Baiklah tuan puteri. See you later"

Conversation antara mereka berhenti di situ. Jessy happy lain macam hari itu.Dia ber tshirt vintage hari itu. Skinny hitam disarungkan. Dengan sepatu vintage merahnya sebagai pelengkap untuk hari itu. Siap siap semua dia terus mencari Noah di bus stop depan rumahnya.

"Eh Tim, apasal kau pulak drive ni?"

Jessy pelik melihat Noah di kerusi penumpang.

"Alah biar la. Sekali sekala aku pulak nak jadi driver"

Tim terus berkata kepada Jess.

"Ah kau. Takpayah nak mengada, Kau tu raja sesat. Kang mana mana je pegi"

Jess sedikit menekan kan kata katanya.

"Alah biar la dia Jess, dia dah lama tak drive tu"

Akhirnya Jessy bersetuju juga dengan Tim dan Noah.Walaupun muka nya agak sedikit kelat.

"Kita nak kemana ni?"

"Ha, kau tahu kolej Zii kan?Jum gerak sana"

Dalam perjalanan ke sana Jessy tak habis habis dengan lagu lagu di mp3 nya. Jessy sedikit nervous malam itu.Dia jadi tidak tentu arah. Dia minum coke. Dia cuba tenang. Tapi tak boleh.

"Kau kenapa ni Jess? Lain macam je harinie. Kau nak jumpa sapa ni?"

Noah tanya kepada jessy sambil menarik earphone dari telinga Jessy.

"Apa?"

Jessy teerkejut melihat noah yang tiba tiba menarik earphonenya.

"Kau nak jumpa sapa ni? Takpernah pernah kau cantik cantik macam ni."

Noah menutup mulutnya menahan ketawa.

"Eh siot la kau. Aku nak jumpa orang la.Takkan nak jumpa kucing pulak.Hehe.Kau rileks je.Nanti kau tahu la sapa."



Selepas beberapa lama. Tiba tiba Tim bersuara.

"Wey korang, aku rasa kita dah sesat la."

Muka Tim mula berubah menjadi cuak.Jessy sudah tarik muka.
Noah macam biasa. Mendiamkan diri.

"Kan betul aku kata noah. Si tim ni takde bakat jadi driver. Sesat memanjang."

Noah sudah mula mentertawakan Jess dan Tim.Tim meminta maaf kepada Jess berkali kali.

Selepas setengah mencari jalan meredah hujan, akhirnya mereka sampai juga.

"Hey i dah sampai"


Kedengaran suara Jessy berkata kepada seseorang di telefon.

Tak lama kemudian,kelihatan dua orang lelaki berseluar pendek. Ber tshirt putih dan hitam keluar dari apartment itu..

Jessy senyum pabila melihat jejaka ber tshirt bloc party berwarna hitam itu,

Senyum jessy lain dari senyum senyumnya sebelum ini..


To be continued...

10 comments:

esumi-lynn said...

bongok lah jaaa. kau potong taim cerita tengah best! haha.

JJ KRN said...

standard lah cerita best. potong time2 best la. baru orang nak baca lagi. HAHA :P

nanti aku sambung eh esumi lynn. sekarang jammed sikit la.

esumi-lynn said...

sure2. jangan kau dah post pastuh kau delete atau draft sudah. bila aku klik2 blogger cakap not found pulakkk. hadoi. :p

JJ KRN said...

tadi terpost sebelum habis edit. lupa letak tajuk haha.
kau rileks je. aku tengah miskin idea ni.
hihi sorry.

esumi-lynn said...

takdehal ja. aku tungguuu. heee.

JJ KRN said...

kau memang pembaca karya bodoh yang tegar. :)

PHIRDOTE said...

sambung sambung..haha layann ;D

JJ KRN said...

Haha I will :)

faizal z said...

best la ni ja.

JJ KRN said...

haha takhabis lagik. cane kau cakap best? ;P
biase biase je lah weh.